Rambut gugur?

Saturday 9 August 2014

“Rambut saya banyak gugurlah lepas bersalin,” Zura mengadu kepada rakannya, Aini.

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Mama Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa mama perlu lakukan?
  • Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Anda nak tahu apa kah produk Shaklee yang boleh dicadangkan untuk mengurangkan masalah keguguran rambut?...Nanti saya akan update ye...


GLA Complex

Sunday 3 August 2014



GLA Complex juga adalah salah satu produk Shaklee. Anda tentu pernah dengar EPO, kan?. Shaklee ada menyediakan EPO tetapi fungsinya lebih menyeluruh dari EPO...ia dipanggil GLA Complex (Gamma-Linolenic Acid).

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. 

Apa itu GLA? GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA ini? GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.

GLA Complex Shaklee ini tidak mengandungi perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Jom dapatkan GLA untuk kesihatan anda... anda juga boleh mendapatkan testimoni pengguna GLA di sini

Salam ukhuwah,






Asalina
Shaklee Independent Distributor
[ID : 885894]

Set Kesuburan

Saturday 2 August 2014

Anak adalah permata yang tak ternilai bagi suami dan isteri yang sudah berkahwin..Kita hanya merancang dan berusaha, namun segalanya telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa...Jangan putus asa sekiranya kita masih belum dikurniakan zuriat...Yang penting kita ikhtiar..

Kali ni saya nak share entry tentang set kesuburan yang mana dengan izin Allah, boleh dijadikan sebagai salah satu ikhtiar bagi anda....Antaranya ialah :-

1) Zinc Complex

Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.

2) Vita-lea

Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex 

Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin B shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vit E

membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

5) GLA Complex

membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

6) Alfalfa Complex

membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).


*** Suami ambil 1-5 (1 biji setiap hari)

*** Isteri ambil 1-6 (1 biji setiap hari, Alfalfa 3-5 biji sehari)



Berminat untuk dapatkan produk ni..sila hubungi saya:-

~ Call / Whatsapp / SMS : 010-4277466
~Klik like dan pm fanpage saya :
Mamaraihanah Vita Shoppe untuk dapatkan info percuma dan diskaun hebat.
~ Konsultasi secara percuma akan diberikan selepas pembelian hanya untuk customer sy sahaja ye..


Penafian :
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendignose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu

Salam persaudaraan,

Asalina


Sunday 20 July 2014

Selain lobak ungu, antara lain kandungan Vivix ialah POLYGONUM CUSPIDATUM ni.



★Polygonum Cuspidatum dikenali sebagai Knowweed Jepun.

★ Ia adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia dan banyak juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah.

★Ia adalah sumber yang kaya dengan resveratrol.

★Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk rumusan suplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional Cina.

★ banyak ujian makmal telah dilakukan untuk menentukan manfaat Polygonum Cuspidatum dalam vivix.

Asalina Jaafar
010-4277466

Vivix dan Lobak Ungu



Cantiknya lobak ni kan...ni lah antara kandungan Vivix...Lobak Ungu.

Jangan tak tahu..khasiat lobak ungu ni secantik warnanya..

Tahu tak bahawa lobak ungu mengandungi anti-oksidan, anticarcinogens dan beta-carotenes yang lebih tinggi daripada lobak merah.

Kandungan anticarcinogens yang ada pada lobak ungu mengurangkan risiko kanser dan menguatkan badan untuk melawan wabak penyakit.

Kajian mendapati kandungan anticarcinogens yang terdapat dalam lobak ungu mampu merawat kanser kerongkong, hati, perut, prostat dan ginjal.

Pengambilan lobak merah yang banyak boleh melindungi anda dari jangkitan dan kesan alergi. Kandungan Vitamin A yang banyak di dalam nya membantu meningkatkan kesihatan jantung dengan mengelakkan saluran arteri tersumbat dan terkena strok. Vitamin B, C, E dan Calcium pectate dan serat membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.

Khasiat lobak ungu bukan setakat itu sahaja. Ia juga menyerlahkan kecantikan luaran. Kandungan nutrient dalam lobak ungu didapati dapat menyuburkan rambut, kuku dan kulit.

Selain tu lobak ungu kaya dengan sumber kalsium yang mana ia mudah dihadam oleh tubuh kita. Zaman dulu akar lobak ungu digunakan untuk mengubati pelbagai masalah sembelit dan penghadaman yang bermasalah.

Kajian yang dijalankan oleh University of Queensland membuktikan dengan pengambilan lobak ungu yang kerap dapat merendahkan tekanan darah, menstabilkan kandungan gula dalam badan serta memberikan perlindungan pada tubuh terhadap serangan jantung dan penyakit hati.

Bagus kan manfaat lobak ungu ni di dalam Vivix?

Sebab tu saya pilih vivix..menjaga kesihatan saya sebelum jatuh sakit. Lebih2 lagi bulan ni promosi..memang sangat berbaloi.

Asalina Jaafar
010-4277466

Kandungan istimewa Vivix

Mesti nak tahu kan apa sebenarnya kandungan vivix ni..


 
Vivix sebenarnya diperbuat daripada :-

a) Anggur Muscadine
- sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang

b) Elderberry atau sambucus Nigra
- membantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap infeksi virus dan sesak nafas.

c) Purple Carrot
- Sumber terbaik vitamin A
- mengurangkan risiko penyakit jantung.

d) Polygonum Cuspidatum
- membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol,merendahkan tekanan darah,meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

Patutlah vivix ni rasa macam air anggur atau ribena..semuanya semulajadi.

Asalina Jaafar
010-4277466

Gastrik

Wednesday 9 July 2014

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).



Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

 
 Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi



Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

-------------

Asalina
010-4277466

Resdung

Sunday 6 July 2014

Ada kengkawan yang alami masalah resdung ke?

Apa yang saya boleh cadangkan untuk anda yang ada resdung?...untuk kurangkan masalah resdung, cubalah alfalfa, b complex dan sustained Release Vita C Plus.




Alfalfa Complex berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis). Kaya dengan sumber klorofil yang dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).

B Complex mengandungi Vitamin B6 yang berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan. Juga bertindak sebagai anti-stress. Bila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.

Vitamin C pula berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang dalam menghadapi serangan penyakit. Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh. Vitamin C memastikan proses
pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Berminat?

Asalina Jaafar
whatsapp/call 010-4277466
Pengedar Shaklee di melaka

Cergas dan cerdas di bulan Ramadhan

Friday 4 July 2014

untuk sesiapa sahaja yang  menyambut Bulan Ramadhan termasuklah untuk ibu menyusu, ibu mengandung dan sesiapa saja....boleh lah mencuba 3 supplemen ini






Energizing Soy Protein
*****************
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
Membekalkan tenaga,
Memberikan rasa kenyang
Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
Membanyakkan susu badan (milkbooster)
Membantu mengekalkan kepejalan otot
Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat








Mealshakes
*********
Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.
Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.





Performance Drink
****************
Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.




Berminat? boleh click ke SINI

untuk order yang mana pembayaran boleh dibuat dengan kad kredit/kad debit.


Sekian,

Asalina
Pengedar Shaklee anda


 

Vivix

Thursday 3 July 2014





Bulan Julai ni promosi Vivix pula.

Apa vivix ni ye.

Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix® mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.



Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Bulan Julai ini promosi Vivix beli 6 botol percuma 1 botol.

Sekiranya berminat, hubungi saya,

Asalina Jaafar
010-4277466
Pengedar Shaklee

Kehamilan semasa Ramadan: Puasa atau tidak?

Monday 30 June 2014

Tiba masa yang indah sekali lagi tahun ini buat umat Islam menunaikan kewajipan untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Pengecualian untuk berpuasa adalah jelas dan boleh didapati dari ustaz-ustaz mahupun dari pemimpin agama.

Walau bagaimanapun, untuk wanita hamil ia sering timbul dilema: mahu berpuasa atau tidak?

Apa jua keputusan yang dibuat, saya percaya niat anda hanyalah mahukan apa yang terbaik buat anda dan anak yang dikandung. Walau bagaimanapun, sebelum menbuat keputusan, pertimbangkan semua perkara ini:

• Adakah anda telah berbincang dengan doktor anda mengenai keadaan anda dan sama ada ia adalah selamat untuk anda berpuasa?
• Adakah pemberi perkhidmatan kesihatan anda pasti yang anda tidak tergolong kepada kumpulan yang berisiko?
• Apakah keadaan cuaca: sangat terik  atau sekadar panas?
• Adakah anda perlu mengambil sebarang ubat-ubatan di siang hari?
• Adakah anda mempunyai penyakit kencing manis, yang mungkin memerlukan penggunaan insulin?
• Adakah kehamilan masa lampau anda bermasalah?
• Ada sebarang sejarah kelahiran pra-matang?
• Apakah jenis aktiviti harian anda (pekerjaan atau mengurus rumah tangga) berat?

Jika mana-mana soalan di atas berkaitan dengan anda, adalah dinasihat supaya anda perlu berjumpa dengan seorang doktor untuk diperiksa sekiranya sesuai dan boleh berpuasa.

Doktor anda mungkin akan menasihatkan supaya jangan berpuasa, semata-mata atas nasihat perubatan bagi menjaga anak dalam kandungan atau kesihatan anda sendiri. Tetapi, anda juga mungkin dalam keadaan yang baik dan cukup sihat untuk menyertai orang lain untuk berpuasa.

Lagipun, kehamilan bukanlah satu penyakit atau kecacatan. Ia hanya keadaan sementara yang memerlukan penjagaan tambahan dan perhatian untuk memastikan kedua-dua ibu dan anak sihat.

Untuk menjalani bulan puasa semasa mengandung dengan berjaya, kesihatan ibu mestilah ada pada tahap yang terbaik. Tips berikut akan bermanfaat untuk memastikan ibadah puasa yang selamat:

•Makan makanan yang berkhasiat untuk bersahur atau makan awal pagi.
•Jangan sekali-kali terlepas makan pagi.
•Minum banyak air tetapi cuba untuk menjauhkan diri dari minuman yang mengandungi kafein seperti kopi atau teh.
•Mengambil semua jenis makanan dalam kesederhanaan, termasuk pengambilan garam dan gula.
•Dapatkan rehat secukupnya dan cuba elakkan aktiviti berat.
•Cuba sejukkan diri pada siang hari dan tinggal di dalam bangunan selama yang mungkin.
•Semasa berbuka puasa, makan perlahan-lahan. Usus telah berehat pada siang hari, dan ia akan  mangalami 'kejutan' jika tidak dimakan dengan perlahan.
•Dalam tempoh yang tidak berpuasa, pada waktu malam, ambil makanan ringan yang sihat  dengan kerap untuk memastikan anda mempunyai khasiat keperluan harian anda.
•Sentiasa memilih atau membeli makanan daripada kedai yang bersih.

Walaupun telah diberi lampu hijau, sentiasa mengenal pasti tanda-tanda ini:

• Kekurangan pergerakan anak dalam kandungan
• Kontraksi abdomen
• Loya atau muntah-muntah
• Pening
• Demam
• Sakit belakang
• Sakit semasa membuang air kecil
• Sakit kepala
• Lemah
• Rasa dahaga atau lapar yang melampau

Sekiranya anda mengalami mana-mana tanda ini, dinasihati anda segera berjumpa dengan doktor anda, kerana ia boleh menjadi petanda anda mungkin bermasalah.

Apa yang harus diberi penekanan di sini adalah bahawa kehamilan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada puasa.

Walau bagaimanapun, anda hendaklah sentiasa peka untuk sebarang tanda pada badan anda yang mungkin memerlukan perhatian doktor.

Jika ragu-ragu, berbincang dengan pemberi perkhidmatan kesihatan anda. Akhirnya, semoga ibadah puasa anda dapat diteruskan seperti biasa dan mempunyai kehamilan yang selamat.

sumber :  http://www.mmgazette.com/

Salam ramadhan

Sunday 29 June 2014

Salam ramadhan kareem kepada semua.

Inshaa Allah saya akan buatkan entry berkaitan dengan supplemen yang sesuai di bulan ramadhan ini.

Salam ukhuwah,

Asalina
010-4277466

Kunci rumah

Thursday 26 June 2014

Syukur alhamdulillah.

Hari ini 2 berita gembira saya terima.

Pertamanya, pemaju secara rasminya menyerahkan kunci rumah hari ni...agak lambat pada usia ini tetapi alhamdulillah..

Keduanya hari ni juga ada hari terbuka sekolah anak tunggal saya dan gembiranya hati mama bila cikgu beritahu raihanah dapat no. 1 dalam kelas dan cikgu memuji dia. 4A 1B. 2 subjek dapat 100 markah. Cikgu kata raihanah murid yang baik dan jika dia mengajar 50 orang murid mcm raihanah..dia rasa bertuah..hihi.

Tips nya..selain rajin baca buku dan amalkan pemakan sihat..dia amalkan Omega Guard dan  mealshakes Shaklee jugak.

Ok..nanti kita sambung lagi ye.

Resdung

Tuesday 24 June 2014

Ada kengkawan yang alami masalah resdung ke?

Apa yang saya boleh cadangkan untuk anda yang ada resdung?...untuk kurangkan masalah resdung, cubalah alfalfa, b complex dan sustained Release Vita C Plus.



Alfalfa Complex 
Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis). Kaya dengan sumber klorofil yang dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).

B Complex 
Mengandungi Vitamin B6 yang berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan. Juga bertindak sebagai anti-stress. Bila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.

Vitamin C 
Berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang dalam menghadapi serangan penyakit. Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh. Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Berminat?

Asalina Jaafar
whatsapp/call 010-4277466
Pengedar Shaklee di melaka

Bagaimana menjadi Ahli Shaklee

Sunday 15 June 2014

Anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan menjana income dengan saya?

Dijemput baca entry ni ye

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli@ pengedar Shaklee?

Anda boleh mendaftar dengan bayaran sebanyak RM65 dan bayaran pos RM10 untuk semenanjung dan RM20 untuk Sabah Sarawak, atau membuat pembelian sebanyak 200uv iaitu dalam lingkungan RM680 untuk mendapat keahlian PERCUMA. Anda hanya perlu menghubungi saya & saya akan uruskan pendaftaran atau datang sendiri ke branch terdekat dengan menggunakan ID saya sebagai sponsor/upline.

Apa kelebihan menjadi ahli?

* boleh membeli produk dengan harga ahli & mengumpul point dlm bentuk uv

* jika rajin berkongsi kebaikan vitamin Shaklee, boleh meningkatkan uv tanpa ada downline.

* jika mencapai minimum 150 uv (lebih kurang belian RM450 sebulan) boleh menukarkan uv kepada cash (lebih kurang RM22.50. Siapa nak bagi kita RM22.50 tu kan?)

* jika berminat untuk serius berbiz, ada kelas khas disediakan. Juga blog dan group exclusive kumpulan kami.

* Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local & international/Umrah yg ditaja sepenuhnya oleh Shaklee jika cukup syarat.


Apa kelebihan mendaftar dengan Empayar Mamaraihanah & Jutawan Shaklee?

Sekiranya anda serius berbiz Shaklee, anda akan dimasukkan ke dalam group exclusive tutorial kami untuk mendalami ilmu perniagaan, produk & konsultasi kepada pelanggan.

Kami menawarkan training & guidance berterusan kepada anda, tidak kira di mana anda berada di seluruh Malaysia. Tidak perlu menghadiri kursus setiap minggu, tidak perlu meninggalkan anak kecil untuk maju dalam biz Shaklee. Semuanya di hujung jari anda.

Dengan ilmu, disiplin dan kerajinan, kami pasti anda juga boleh berjaya seperti yg lain. Insya Allah.


Berminat? Boleh hubungi saya di:

Asalina Jaafar
H/P: 010-4277466
FB : Asalina Jaafar

dan

anda boleh juga mengisi borang DI SINI

Cinta saya dengan.....

Wednesday 11 June 2014

Assalamualaikum,


dah lama tak ber blog...Insha Allah kena LUA kan rajin update blog..haha.

hari ini nak ceritakan kisah cinta saya. Cinta??? Wah Asalina sudah jatuh cinta...

Ye Memang saya sudah jatuh cinta pada tahun 2012 lagi...saya bukan lah pengamal tegar supplemen..apa lagi MLM.

Nur Raihanah anak saya yang seorang tu sebenarnya seorang yang cepat tak sihat..Selalu demam...batuk dan asthma. Keluar masuk hospital...lari ke klinik dan sentiasa ke Emergency Hospital bila sampai demam panas dan serangan asthma. Selalu kena ambil nebulizer...temujanji Hospital sebagai pesakit asthma. Selain tu raihanah dibekalkan Inhaler Ventolin..warna biru, purple dan coklat.


Puas dah ikhtiar sane sini..Apa je orang suggestkan saya mencuba...tapi belum jumpa yang serasi. Akhirnya saya google di internet...kemudian saya terbaca tentang MEALSHAKES dan OMEGA. Kuat hati ini nak mencuba. Jadi saya order dengan  2 distributor di Kuala Lumpur..Masa tu saya order MEALSHAKES dulu sebab kurang budget.

Then, saya cuba membeli dengan Distibutor di Melaka, MASTER RUZIAH AMIN..dia suggestkan OMEGA DAN NUTRIFERON gak. Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan Shaklee..Masa tu saya tak tahu SHAKLEE ni apa..yang saya tahu saya nak anak saya sihat sebab saya penat asyik berulang ke klinik dan hospital..serta kos rawatan dan ubat yang mahal.

Nampak dah perkembangan Nur Raihanah pada ketika itu..kurang sembelit...makan berselera..kurang demam...asthma pun berkurangan.Inhaler sampai expired tak guna.

Kemudian bulan 0ktober 2012, saya mendaftar jadi ahli dengan kak Ruziah..tanpa saya tahu SHAKLEE itu apa...bukan untuk bisnes tapi untuk makan sendiri dan anak sebab nak dapatkan point dan bonus dari belian tu.

Then, March 2013..temujanji hospital ...hasil monitor doktor..doktor kata anak saya dah sihat...tak perlu lagi check up cuma saya kena monitor kesihatan dia.

Syukur alhamdulillah,

Allah gerakkan hati saya untuk mencuba supplemen shaklee. Nampaknya bukan dia saja serasi..dengan mama dia sekali terjebak dan kami sekeluarga kini memang pengguna tegar shaklee.

Kini saya bukan saja saya semakin serius untuk bisnes SHAKLEE dan dah pun sampai ke pangkat COORDINATOR.

Sekian, kisah cinta saya..bagaimana saya bermula dengan SHAKLEE.

Love you,

Asalina
call/whatsapp : 010-4277466
PENGEDAR SHAKLEE ANDA



24 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

Sunday 11 May 2014




Antara manfaat Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee ialah :-


1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak

16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti :-


- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus


Macam mane..Berminat tak? Nak harga istimewa? Jom sila hubungi saya:-

~ Call / Whatsapp / SMS : 010-4277466
~ Klik like dan pm fanpage saya :
Mamaraihanah Vita Shoppe untuk dapatkan info percuma dan diskaun hebat.
~ Konsultasi secara percuma akan diberikan selepas pembelian hanya untuk customer sy sahaja ye..
Penafian :
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendignose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu

Salam mesra,
Asalina






MEALSHAKES..ibu2 pasti suka

Sunday 4 May 2014




Wah....bulan May 2014 promosi Mealshakes lahhh!!!!

Meal Shake ni merupakan minuman multivitamin yang mempunyai perasa vanilla yang sangat lazat. Walaupun Meal Shake dikategorikan dalam kategori Children's Nutrition, ia juga sesuai untuk dinikmati oleh setiap lapisan usia termasuk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, vegetarian, etc. Jika anak anda seorang yang sukar untuk multivitamin yang berbentuk tablet, Meal Shake adalah alternatif yang terbaik buat anda.

Meal Shake menjadi pilihan ibu-ibu yang mempunyai anak yang cerewet memilih makanan atau tiada selera makan. Meal Shake memastikan anak anda akan mendapat nutrient harian yang diperlukan pada kadar yang secukupnya. Malah, ramai ibu memberi testimoni positif yang selera makan anak-anak mereka semakin bertambah sejak mengambil Meal Shake. Ramai juga ibu menggunakan Meal Shake bersama Omega Guard dan Nutriferon untuk merawat anak yang sakit seperti demam, batuk berkahak, selsema, lung infection, lelah/asthma, etc.

Meal Shake mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral yang lengkap termasuk lactalbumin, immunoglobulin, lactoferrine, bacteriolysin, etc. Antara manfaat utama dari pengambilan Meal Shake ialah membantu tumbesaran, sebagai anti-oksida, detoksifikasi dan untuk kecantikan kulit.




Antara testimoni2 customer yang menggunakan Mealshakes ini ialah :-










Macam mane rupanya Mealshakes ni ye? 




Berminat untuk dapatkan produk ni..sila hubungi saya:-

~ Call / Whatsapp / SMS : 010-4277466
~ Klik like dan pm fanpage saya :
Mamaraihanah Vita Shoppe untuk dapatkan info percuma.
~ Konsultasi secara percuma akan diberikan selepas pembelian hanya untuk customer saya sahaja ye..

Penafian :
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendignose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu


Performance Drink


PERFORMANCE DRINK sangat sedap...Minuman Elektrolit berperisa Natural Orange. Antara kelebihan Performance Drink ialah :-

(1) Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Kurang rasa haus.
(2) Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium & magnesium (tiada pada minuman isotonik j
enama lain).
(3) Menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan, serta menambah stamina.

Performance Drink ini sesuai diambil ketika :


* cuaca panas melampau (badan "dehydrated")
* badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
* beriadah
* dan lain-lain lagi

Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:


* Mereka yang aktif bersukan .
* Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
* Mereka yang menghidap gout.
* Ibu yang menyusukan anak.
* Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari "morning sickness" dan tiada selera makan.
* Mereka yang kurang minum air.
* Mereka yang kerap sakit kepala.
* Bila rasa nak demam atau sedang demam.
* Kanak-kanak yang demam.
* Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)
Macam mane..Berminat tak? Nak harga istimewa? Jom sila hubungi saya:-

~ Call / Whatsapp / SMS : 010-4277466
~ Klik like dan pm fanpage saya : Mamaraihanah Vita Shoppe untuk dapatkan info percuma dan diskaun hebat.
~ Konsultasi secara percuma akan diberikan selepas pembelian hanya untuk customer sy sahaja ye..

Penafian :
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendignose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu

Salam mesra,

Asalina