Set Kesuburan

Saturday, 2 August 2014

Anak adalah permata yang tak ternilai bagi suami dan isteri yang sudah berkahwin..Kita hanya merancang dan berusaha, namun segalanya telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa...Jangan putus asa sekiranya kita masih belum dikurniakan zuriat...Yang penting kita ikhtiar..

Kali ni saya nak share entry tentang set kesuburan yang mana dengan izin Allah, boleh dijadikan sebagai salah satu ikhtiar bagi anda....Antaranya ialah :-

1) Zinc Complex

Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.

2) Vita-lea

Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex 

Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin B shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vit E

membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

5) GLA Complex

membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

6) Alfalfa Complex

membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).


*** Suami ambil 1-5 (1 biji setiap hari)

*** Isteri ambil 1-6 (1 biji setiap hari, Alfalfa 3-5 biji sehari)



Berminat untuk dapatkan produk ni..sila hubungi saya:-

~ Call / Whatsapp / SMS : 010-4277466
~Klik like dan pm fanpage saya :
Mamaraihanah Vita Shoppe untuk dapatkan info percuma dan diskaun hebat.
~ Konsultasi secara percuma akan diberikan selepas pembelian hanya untuk customer sy sahaja ye..


Penafian :
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendignose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu

Salam persaudaraan,

Asalina


Resdung

Sunday, 6 July 2014

Ada kengkawan yang alami masalah resdung ke?

Apa yang saya boleh cadangkan untuk anda yang ada resdung?...untuk kurangkan masalah resdung, cubalah alfalfa, b complex dan sustained Release Vita C Plus.




Alfalfa Complex berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis). Kaya dengan sumber klorofil yang dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).

B Complex mengandungi Vitamin B6 yang berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan. Juga bertindak sebagai anti-stress. Bila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.

Vitamin C pula berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang dalam menghadapi serangan penyakit. Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh. Vitamin C memastikan proses
pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Berminat?

Asalina Jaafar
whatsapp/call 010-4277466
Pengedar Shaklee di melaka

Resdung

Tuesday, 24 June 2014

Ada kengkawan yang alami masalah resdung ke?

Apa yang saya boleh cadangkan untuk anda yang ada resdung?...untuk kurangkan masalah resdung, cubalah alfalfa, b complex dan sustained Release Vita C Plus.



Alfalfa Complex 
Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis). Kaya dengan sumber klorofil yang dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).

B Complex 
Mengandungi Vitamin B6 yang berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan. Juga bertindak sebagai anti-stress. Bila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.

Vitamin C 
Berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang dalam menghadapi serangan penyakit. Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh. Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Berminat?

Asalina Jaafar
whatsapp/call 010-4277466
Pengedar Shaklee di melaka

JEREBU OHHH JEREBU

Saturday, 22 June 2013

Sekarang ni musim jerebu di seluruh semenanjung .....Memandangkan sekarang musim jerebu, saya nak buat entry tentang jerebu kali ni....

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-


Nilai IPU
Status
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.
Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims

Jangan lupa amalkan pemakan yang sihat, pemakaian topeng hidung dan kurangkan aktiviti luar...jika tidak sihat, pergi lah ke klinik @ hospital....

Apa supplemen Shaklee yang boleh saya cadangkan semasa musim jerebu ni ye?



Ni dia....Performance Drink, Chewable Vita C dan Nutriferon...sesuai untuk seisi keluarga...alhamdulillah..setakat hari ini dengan pengambilan supplemen, saya sekeluarga sihat...bagi memastikan tubuh badan bebas dari penyakit yang selalu  menyerang semasa musim jerebu..Tak perlu tunggu sakit baru nak ambil...waktu sihat ni elok mulakan pengambilan supplemen ini.

Macam mane..Berminat tak? Nak harga istimewa? Jom sila hubungi saya:-

~ Call / Whatsapp / SMS : 010-4277466
~ Klik like dan pm fanpage saya : Mamaraihanah Vita Shoppe untuk dapatkan info percuma dan diskaun hebat.
~ Konsultasi secara percuma akan diberikan selepas pembelian hanya untuk customer sy sahaja ye..

Penafian :
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendignose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu

Salam mesra,

Asalina

Set Ibu Hamil Trimester 1 [J1]

Saturday, 11 May 2013

Dah lama tak ber blog...kepada yang masih follow blog saya..terima kasih banyak2....:-)

Hari ni saya nak cerita tentang supplemen apa yang sesuai untuk kesihatan ibu mengandung....untuk trimester 1....


1. Vita-Lea

Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah. Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN lagi. Amat sesuai bagi ibu yang mengalami hb rendah semasa hamil.

2. B-Complex


Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.

3. Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

4. Ostematrix / Kalsium


Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas.

Berminat untuk dapatkan produk ni..sila hubungi saya:-

~ Call / Whatsapp / SMS : 010-4277466
~Klik like dan pm fanpage saya :
Mamaraihanah Vita Shoppe untuk dapatkan info percuma dan diskaun hebat.
~ Konsultasi secara percuma akan diberikan selepas pembelian hanya untuk customer sy sahaja ye..


Penafian :
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendignose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu

 
Salam sayang,

Diri saya.




Panduan memilih Set Berpantang/Bersalin

Saturday, 30 March 2013


panduan memilih set berpantang

Setiap ibu hamil pasti akan tertanya-tanya set bersalin manakah yang terbaik untuk diambil selepas bersalin, terutamanya bagi mereka yang baru saja pertama kali merasai pengalaman hamil? Pastinya setiap ibu mahukan yang terbaik untuk penjagaan diri semasa dalam pantang. Banyak maklumat yang diperoleh hasil pembacaan sama ada melalui internet atau pandangan rakan-rakan. Walaubagaimanapun, keserasian set bersalin sebenarnya bergantung kepada diri individu itu sendiri.


Berikut adalah antara TIPS yang dapat kami paparkan untuk renungan anda.

Berapa bajet anda untuk set bersalin ?
Ada set bersalin yang murah dan ada yang mahal namun jangan anggap yang mahal itu lebih baik dari yang murah. Adakalanya set itu mahal kerana “branding”. Tepuk dada tanya selera anda.

Adakah anda jenis yang boleh makan ubat dan air akar kayu yang pahit atau sebaliknya?
Jika anda jenis yang tahan untuk merasai kepahitan akar kayu, ini tidak menjadi masalah untuk anda dapatkan set bersalin yang mengandungi akar kayu rebusan. Jika tidak, cari yang berbentuk kapsul.

Situasi anda berpantang 
Adakah anda bersendirian @ dijaga seseorang @ mengupah seseorang ? Jika anda berada dalam situasi yang agak sukar untuk menyediakan segala kelengkapan pantang contohnya perlu merebus akar kayu dan sebagainya, saya cadangkan anda menggunakan set bersalin yang mudah untuk diambil tetapi efektif dan boleh membantu anda cergas dan kuat selepas bersalin. Jika sebaliknya, anda bebas mengambil set bersalin yang agak renyah.

 
Alahan / alergi kepada ubat 
Ada individu yang tidak tahan dengan jamu. Contohnya, mereka akan rasa gatal dan keluar ruam pada seluruh badan. Jika anda tergolong antara individu seperti ini, sebaiknya cuba elakkan set bersalin yang mengandungi jamu.

Oleh yang demikian, dengan adanya Set Bersalin/Berpantang Shaklee ini, ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.


 
KHASIAT DAN KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE

VITA LEA WITH IRON FORMULA
  • Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang banyak makanan yg kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.
  • Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang.
  • Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • Kekurangan zat besi b
  • lh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
  • Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sAgat penting.
  • Vita lea tidak digalakkan di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi penyerapan zat besi oleh badan.
B COMPLEX
  • Membantu menstabilkan hormon badan kita
  • Jika kurang B complex boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi
  • Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang
  • Menukarkan makanan kpd tenaga
ZINC COMPLEX
  • Ibu2 yg tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat kpd makanan tersebut.
  • Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.
  • Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
  • Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn baik.
  • Mengurangkan masalah rambut gugur.
  • Membantu mengatasi masalah
  • KEDINGINAN selepas bersalin.

VITAMIN C
  • Berkonsepkan pelepasan masa.
  • Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara konsisten.
  • Vitamin C sgat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
  • Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin.

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Ia memberi tenaga
  • membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran
  • mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.
  • Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
  • Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OSTEMATRIX

  • OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
  • Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
  • Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang…
Banyaknya manfaat set berpantang Shaklee ni kan? apa kata customer terhadap set ini agaknya? Jom kita baca testimoni customer ini....

 






Berminat untuk dapatkan produk ni..sila hubungi saya:-

~ Call / Whatsapp / SMS : 010-4277466
~Klik like dan pm fanpage saya :
Mamaraihanah Vita Shoppe untuk dapatkan info percuma dan diskaun hebat.
~ Konsultasi secara percuma akan diberikan selepas pembelian hanya untuk customer sy sahaja ye..harap maklum


Penafian :
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendignose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu. 


Set Bersalin/Berpantang

Thursday, 7 March 2013

Shaklee juga ada menyediakan cadangan supplemen bagi ibu yang baru lepas bersalin dan selepas pantang sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.

Set Bersalin/berpantang terdiri daripada :-

a) B Complex
b) Vitamin C
c) Vita-lea
d) Zinc

Antara Fungsi-fungsinya SET BERPANTANG Shaklee :

B Complex

B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustained Release Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex

Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berpantang boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu.

Sekiranya anda menyusukan bayi anda, set ini boleh diambil bersama bersama ALFALFA + OSTEMATRIX dan ESP..

Antara testimoni pengambilan set ini di waktu pantang :-











Berminat? boleh sms/call saya di 010-4277466 atau pm di page Mamaraihanah Vita shoppe...

Regards,

Me....

Resdung... Allergy.... Eczema

Saturday, 2 March 2013

Orang yang menghidapi resdung biasanya mereka ini sangat sensitif pada perubahan cuaca, tekanan emosi, hama dan juga alahan terhadap sesetengah makanan. Untuk masalah resdung dan allergy (Alahan), pengambilan supplemen adalah sangat2 perlu.

Antara supplemen yang boleh membantu anda :

1. Protein (Mealshake/SoyProtin)
2. B Complex
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. GLA 
6. Vita-Lea

Kenapa ESP (Soy Protein)?
Mereka yg berpenyakit adalah berpunca dari sel yang tidak sihat. Protein amat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protein yg bagus adalah bersandarkan protein dari tumbuh-tumbuhan berbanding protein haiwan.Ini kerana protein haiwan sangat tinggi dan berat untuk diproses oleh tubuh. Mana datangnya sumber protin? Dari ikan, ayam, telur, kekacang.

Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati... protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius...last2 dapat rasa sedap je...tp zatnye dah hilang.... Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama, disamping mengurangkan masalah resdung/allergy... Secara langsung wajah akan nampak lebih berseri….
Kenapa B Complex?

Stress juga boleh menggangu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit. B Complex lebih dikenali sebagai vitamin “Anti-Stress”... B Complex mengandungi B6 - penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress...
Kenapa Vitamin C?

Bagi yang menghidap allergy, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”... “Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit allergy lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tissue...
Alfalfa pula?

Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
GLA tu apa?

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Menyokong sistem immune... Gabungan terbaik untuk mengurangkan radang ekzema dgn membantu mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal... GLA juga merupakan rahsia kepada kulit yg cantik (ini utk kesan jangka panjang kerana ia ada kaitan dgn hormon wanita)

CADANGAN SUPPLEMEN:

Jadi apa yang saya suggestkan berikut adalah yg paling sesuai membantu merawat masalah resdung/ekzema/allergy... Pilihan suplemen di bwh adalah mengikut keperluan budget anda :-

Paling asas (lengkap semua) :
60tabs GLA Complex + 30 days Set G (B complex, Vitamin C, Alfalfa)
= RM163 (termasuk delivery) = utk kegunaan 1-2bln

Pilihan 2 (medium budget) :
Mealshake + 60tabs GLA Complex + 90tabs Alfalfa
= RM184 (termasuk delivery) = utk kegunaan 1-2bulan

Pilihan 3 (extra budget) :
canister ESP + 30 days Set G (B complex, Vitamin C, Alfalfa) + 60tabs GLA Complex
= RM284 = utk kegunaan 1-2bulan

Anda juga boleh add on 30bj Vita-Lea (membantu penyerapan nutrien dgn baik) pada harga RM25 (30bj) atau RM71 utk 120bj

Berminat?

pm di page Mamaraihanah Vita Shoppe atau sms/call saya di 010-4277466

Salam mesra,

Asalina
Shaklee Independent Distributor

Vitamin Shaklee Untuk Perokok

Monday, 11 February 2013


Salam semua...

nak share something untuk perokok2 tegar tetapi ingin berhenti dari merokok...dan apa yang Shaklee boleh bantu untuk anda..saya share kan untuk anda dari Puan Fazliana dari MamaFisya Vita shop :-

"Salam warga SGL semua.. Saya ingin berkongsi vitamin yg bersesuaian untuk perokok. Alhamdulillah suami saya yg dulunya seorang perokok tegar kini sudah berhenti merokok sejak Ramadhan lepas. Sesiapa nak cuba ini hanya 1 bentuk usaha bukan jamin 100% mereka akan berhenti. Jika tak berhenti pun mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik. In Sha Allah...

Basically sila detox dulu dengan dtx complex kerana hati perokok tegar ni jika di scan ianya akan berwarna lebih gelap berbanding dengan yg tidak merokok.

Dalam masa yang sama ambil vitamin C kerana perokok akan banyak kehilangan vitamin C dalam tubuh sepanjang aktiviti merokok. Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh kita tidak mampu menyimpan vitamin C dengan baik. Jadi perokok perlu mengambil vitamin c dengan kadar yang banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.

Artikel kajian perokok di US ada menyatakan :

Spray vitamin C into the back of the mouth and throat each time you want a cigarette. (Drug and Alcohol Dependence, 1993:337, p 211-213.)

So tak perlulah susah2 nak beli vitamin c spray ni coz harga pun agak mahal & sukar didapati. Amik la Sustained Released Shaklee Vitamin C. Seeloknya hancurkan dalam air & minum setiap kali selepas merokok. Bila nikotin dalam darah sudah disingkirkan sedikit demi sedikit maka akan kurang la kebergantungan badan si perokok terhadap nikotin itu. Seterusnya in Sha Allah keinginan terhadap nikotin akan berkurangan.

Antara supplemen lain yang dicadangkan :

1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
2) Nutriferon - Merangsang sistem imun
3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
5) Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu
7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu"

Jadi kepada para isteri yang nakkan suami berhenti merokok, jom hadiahkan vitamin Shaklee kepada suami anda sebagai tanda sokongan kita nakkan suami berhenti merokok.

Berminat? jom sms/call saya di 010-4277466 atau pm di fb page saya.

Love you all,

Me.


Makanan Untuk Mata Yang Sihat

Saturday, 2 February 2013


Mata merupakan organ tubuh yang penting dan bernilai bagi setiap insan. Oleh itu, jagalah mata sebaiknya. Berikut adalah beberapa fakta pemakanan khas untuk mata sebagai hadiah daripada ibu bapa untuk anak tersayang.
Penjagaan mata sangat penting terutamanya pada peringkat awal perkembangan deria penglihatan. Atas alasan inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dan bertanggung jawab untuk memastikan mata anak dijaga sebaiknya. Penjagaan mata bermula dengan makanan untuknya. Sajikan hanya yang terbaik untuk anak anda.
Vitamin-vitamin yang diperlukan oleh mata
Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.  
Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan ocular. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.
Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.
Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.
Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.
Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.
Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.
Tanda-tanda mata kekurangan nutrisi:
  • Sukar menyesuaikan mata dengan perubahan cahaya terutamanya pada waktu malam.
  • Mata rasa kering, gatal, panas dan berwarna merah.
  • Bermasalah untuk memfokus.
  • Sukar untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu objek.
Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti yang tercatat di atas, perlulah segera dibawa berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan mata.
Makanan khas untuk mata:
  • Ikan
  • Hati
  • Labu
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Brokoli
  • Tomato
  • Telur
  • Kekacang
  • Air yang banyak
  • Bijirin
Info penting
  1. ‘Xerophthalmia’ ialah masalah penglihatan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A dan boleh dielakkan dengan memakan sayur-sayuran segar, lemak dan protein.
  2. Dua jenis antioksida yang dikenali sebagai ‘carotenoids’ yang dipanggil ‘Lutein’ dan ‘Zeaxanthin’ mampu menyihatkan mata. ‘Lutein’ ada dalam mangga, ‘bilberries’, dan sayuran berdaun hijau. ‘Zeaxanthin’ pula ada dalam brokoli, jagung, salad (kecuali ‘iceberg’), oren, dan telur.
  3. Memasak sayur-sayuran dengan sedikit minyak dalam tempoh yang singkat membantu tubuh menghasilkan Retinol. Retinol ialah vitamin yang penting untuk perkembangan penglihatan dan tulang.
  4. Untuk mata yang sihat, hadkan pengambilan gula, minuman berkarbonat, makanan bergoreng, roti putih, kek, dan coklat.
Sumber    : Editorial PAMA - 30.10.2012
Produk Shaklee juga menyediakan supplemen untuk kesihatan mata anda iaitu : ESP, Zinc, Vit C, Vita E Complex, Carotomax dan Ostematrix
berminat?  sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan konsultasi percuma ye...
Terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog saya.
Love u...

Sustained Released Vita C

Saturday, 24 November 2012


 

Vitamin C telah digunakan sejak tahun 1940an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.

Fungsi vitamin C adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita. 

Vitamin C juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kulit awet muda. Vitamin C dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg bole menimbulkan gangguan kulit.proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah.

1) Vitamin C adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin c dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.

2) Kekurangan vitamin C menyebabkan collagen yang C lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

3) Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin C dengan sendirinya.

4) Vitamin C adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.

5) Vitamin C mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. kebanyakan vitamin C di dalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

Antara manfaat Vitamin C ialah :-

1) Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2) Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)

3) Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.

4) Memguatkan dinding salur darah.

5) Menolong pembentukan tisu gentian.

6) Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.

7) Mengurangkan kedut pada kulit

8) Membaiki parut pada kulit.

9) Mencegah penurunan payudara dan buttock

10) Menjadikan kulit lebih cerah

11) Menghilangkan jerawat dan pigmentasi.

12) Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.

13) Membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.

14) Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

Erm...banyak betul manfaat Vitamin C. Berbaloi rasanya saya makan Vitamin C Shaklee ni....