Panduan memilih Set Berpantang/Bersalin

Saturday 30 March 2013


panduan memilih set berpantang

Setiap ibu hamil pasti akan tertanya-tanya set bersalin manakah yang terbaik untuk diambil selepas bersalin, terutamanya bagi mereka yang baru saja pertama kali merasai pengalaman hamil? Pastinya setiap ibu mahukan yang terbaik untuk penjagaan diri semasa dalam pantang. Banyak maklumat yang diperoleh hasil pembacaan sama ada melalui internet atau pandangan rakan-rakan. Walaubagaimanapun, keserasian set bersalin sebenarnya bergantung kepada diri individu itu sendiri.


Berikut adalah antara TIPS yang dapat kami paparkan untuk renungan anda.

Berapa bajet anda untuk set bersalin ?
Ada set bersalin yang murah dan ada yang mahal namun jangan anggap yang mahal itu lebih baik dari yang murah. Adakalanya set itu mahal kerana “branding”. Tepuk dada tanya selera anda.

Adakah anda jenis yang boleh makan ubat dan air akar kayu yang pahit atau sebaliknya?
Jika anda jenis yang tahan untuk merasai kepahitan akar kayu, ini tidak menjadi masalah untuk anda dapatkan set bersalin yang mengandungi akar kayu rebusan. Jika tidak, cari yang berbentuk kapsul.

Situasi anda berpantang 
Adakah anda bersendirian @ dijaga seseorang @ mengupah seseorang ? Jika anda berada dalam situasi yang agak sukar untuk menyediakan segala kelengkapan pantang contohnya perlu merebus akar kayu dan sebagainya, saya cadangkan anda menggunakan set bersalin yang mudah untuk diambil tetapi efektif dan boleh membantu anda cergas dan kuat selepas bersalin. Jika sebaliknya, anda bebas mengambil set bersalin yang agak renyah.

 
Alahan / alergi kepada ubat 
Ada individu yang tidak tahan dengan jamu. Contohnya, mereka akan rasa gatal dan keluar ruam pada seluruh badan. Jika anda tergolong antara individu seperti ini, sebaiknya cuba elakkan set bersalin yang mengandungi jamu.

Oleh yang demikian, dengan adanya Set Bersalin/Berpantang Shaklee ini, ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.


 
KHASIAT DAN KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE

VITA LEA WITH IRON FORMULA
  • Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang banyak makanan yg kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.
  • Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang.
  • Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • Kekurangan zat besi b
  • lh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
  • Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sAgat penting.
  • Vita lea tidak digalakkan di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi penyerapan zat besi oleh badan.
B COMPLEX
  • Membantu menstabilkan hormon badan kita
  • Jika kurang B complex boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi
  • Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang
  • Menukarkan makanan kpd tenaga
ZINC COMPLEX
  • Ibu2 yg tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat kpd makanan tersebut.
  • Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.
  • Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
  • Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn baik.
  • Mengurangkan masalah rambut gugur.
  • Membantu mengatasi masalah
  • KEDINGINAN selepas bersalin.

VITAMIN C
  • Berkonsepkan pelepasan masa.
  • Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara konsisten.
  • Vitamin C sgat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
  • Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin.

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Ia memberi tenaga
  • membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran
  • mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.
  • Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
  • Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OSTEMATRIX

  • OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
  • Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
  • Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang…
Banyaknya manfaat set berpantang Shaklee ni kan? apa kata customer terhadap set ini agaknya? Jom kita baca testimoni customer ini....

 






Berminat untuk dapatkan produk ni..sila hubungi saya:-

~ Call / Whatsapp / SMS : 010-4277466
~Klik like dan pm fanpage saya :
Mamaraihanah Vita Shoppe untuk dapatkan info percuma dan diskaun hebat.
~ Konsultasi secara percuma akan diberikan selepas pembelian hanya untuk customer sy sahaja ye..harap maklum


Penafian :
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendignose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu. 


Penyusuan

Saturday 16 March 2013

Sebelum saya kenal dengan Shaklee...saya pernah dengan Shaklee bagus untuk ibu yang menyusukan anak dan mendapat sambutan ramai...Bestnya kalau saya dapat kenal Shaklee ini lebih awal masa sebelum melahirkan Nur Raihanah..hehehe..Set penyusuan Shaklee memang mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan yang kita boleh cadangkan, dan tentunya ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..


Set 1 - Set B
-----------------

Set ini mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa. Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan. Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu.

Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat. Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan. Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu. Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan /berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.

===============================

Set 2 - Eu-Four Pack
----------------------------

Set ini mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium. Sesuai untuk ibu-ibu yang :-
~mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).
~Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
~Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. 
~set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. 

 ========================================

Set 3 - Set E
----------------------

Set ini mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa. Sesuai untuk ibu-ibu yang :-
~ mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).
~ Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
~ Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
~ Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan.
~ Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu.
~ Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster.

================================

Set 4 - Set 3M
------------------------

Set ini mengandungi set B, kalsium dan ESP. Sangat dicadangkan untuk ibu yang :-
~ mengalami masalah penyusuan. 
~menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.
~maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
~yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak.~
~ Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat.
~ Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi /induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha
~ sesuai untuk ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya

==============================================
 
Anda ibu menyusu dan ingin memperkayakan nutrisi dalam penyusuan? berminat untuk dapatkan set ini?...anda boleh hubungi saya, pengedar Shaklee yang sah :-

Asalina
ID : 885894
pm/sms/call/whatsApp : 010-4277466





B Complex & Ostematrix untuk Migrain?????

Saturday 9 March 2013




Lately ramai antara kita mengalami migrain termasuk saya sendiri....sebelum saya mengamalkan Shaklee...hihi...hari ni saya nak share artikel ni dari link ini :-

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat?

Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Anda ada migrain?...belum cuba belum tahu, kan? ..Jom dapatkan Ostematrix dan B Complex dari saya....blh pm di fb atau sms/call saya di 010-4277466.

Salam sayang,

Me....

Pengurusan berat badan dengan Shaklee

Thursday 7 March 2013

Harini saya nak berkongsi tentang produk-produk Shaklee yang boleh dicadangkan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dan slim yang kami panggil Set Slimming Shaklee. Terdapat 3 unsur utama dalam proses mendapatkan berat badan yang ideal iaitu:


Detox + Pemecah Lemak + Protein




Detox
*******************
Kenapa perlu detox? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Tahukah anda, bahawa kunci asas untuk kurus adalah detox terlebih dahulu?

Di Shaklee, antara produk yang memberi fungsi detox adalah Herb Lax dan Alfafa.
Bagi mereka yang tidak menyusukan bayi disarankan mengambil Herb Lax dan mereka yang menyusukan bayi disarankan mengambil Alfafa.

Pemecah Lemak

**************************
Lemak berlebihan dalam badan adalah penyebab kegemukan, maka dengan itu lemak perlu disingkirkan. Shaklee ada Lecithin yang berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak atau 'fat emusifier'. Ini adalah apabila dia 'bertemu' dengan lemak lemak degil, dia akan 'memecahkan dan bercampur atau bergabung' dengan lemak-lemak tu dan seterusnya membawa lemak itu keluar melalui najis.

Protein

****************************
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Di Shaklee kami mempunyai 2 cadangan iaitu samada Energizing Soy Protien (ESP) atau Cinch Shake Mix.

Untuk ibu yang menyusu disyorkan ESP (ESP juga bertindak sebagai milk booster dan mencantikan kulit) dan buat yang tidak menyusu kami syorkan Cinch Shake Mix.

******
Itulah tadi di antara supplemen di Shaklee yang dapat dikongsikan fungsinya dalam misi mencapai berat badan yang diidamkan. Namun kita semua harus faham, supplemen ini bukan 'makanan ajaib' yang boleh menukarkan bentuk tubuh kita menjadi sebagaimana yang diidamkan dengan sekelip mata.

Selain mengamalkan supplemen-supplemen tersebut dengan istiqamah, jangan lupa mengawal pemakanan (tetapi tidaklah sehingga perlu berlapar), banyakkan makan sayur dan buah-buahan, minum air yang mencukupi, bersenam dan paling utama usaha, doa serta bertawakal kepada Allah swt..

NOTA:

* Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana produk di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli. Aturan makan akan diberikan selepas pembelian produk.

* Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk keterangan lanjut hubungi:

ASALINA
Shaklee Independent Distributor [ID No : 885894]

Set Bersalin/Berpantang

Shaklee juga ada menyediakan cadangan supplemen bagi ibu yang baru lepas bersalin dan selepas pantang sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.

Set Bersalin/berpantang terdiri daripada :-

a) B Complex
b) Vitamin C
c) Vita-lea
d) Zinc

Antara Fungsi-fungsinya SET BERPANTANG Shaklee :

B Complex

B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustained Release Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex

Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berpantang boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu.

Sekiranya anda menyusukan bayi anda, set ini boleh diambil bersama bersama ALFALFA + OSTEMATRIX dan ESP..

Antara testimoni pengambilan set ini di waktu pantang :-











Berminat? boleh sms/call saya di 010-4277466 atau pm di page Mamaraihanah Vita shoppe...

Regards,

Me....

Resdung... Allergy.... Eczema

Saturday 2 March 2013

Orang yang menghidapi resdung biasanya mereka ini sangat sensitif pada perubahan cuaca, tekanan emosi, hama dan juga alahan terhadap sesetengah makanan. Untuk masalah resdung dan allergy (Alahan), pengambilan supplemen adalah sangat2 perlu.

Antara supplemen yang boleh membantu anda :

1. Protein (Mealshake/SoyProtin)
2. B Complex
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. GLA 
6. Vita-Lea

Kenapa ESP (Soy Protein)?
Mereka yg berpenyakit adalah berpunca dari sel yang tidak sihat. Protein amat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protein yg bagus adalah bersandarkan protein dari tumbuh-tumbuhan berbanding protein haiwan.Ini kerana protein haiwan sangat tinggi dan berat untuk diproses oleh tubuh. Mana datangnya sumber protin? Dari ikan, ayam, telur, kekacang.

Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati... protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius...last2 dapat rasa sedap je...tp zatnye dah hilang.... Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama, disamping mengurangkan masalah resdung/allergy... Secara langsung wajah akan nampak lebih berseri….
Kenapa B Complex?

Stress juga boleh menggangu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit. B Complex lebih dikenali sebagai vitamin “Anti-Stress”... B Complex mengandungi B6 - penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress...
Kenapa Vitamin C?

Bagi yang menghidap allergy, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”... “Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit allergy lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tissue...
Alfalfa pula?

Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
GLA tu apa?

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Menyokong sistem immune... Gabungan terbaik untuk mengurangkan radang ekzema dgn membantu mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal... GLA juga merupakan rahsia kepada kulit yg cantik (ini utk kesan jangka panjang kerana ia ada kaitan dgn hormon wanita)

CADANGAN SUPPLEMEN:

Jadi apa yang saya suggestkan berikut adalah yg paling sesuai membantu merawat masalah resdung/ekzema/allergy... Pilihan suplemen di bwh adalah mengikut keperluan budget anda :-

Paling asas (lengkap semua) :
60tabs GLA Complex + 30 days Set G (B complex, Vitamin C, Alfalfa)
= RM163 (termasuk delivery) = utk kegunaan 1-2bln

Pilihan 2 (medium budget) :
Mealshake + 60tabs GLA Complex + 90tabs Alfalfa
= RM184 (termasuk delivery) = utk kegunaan 1-2bulan

Pilihan 3 (extra budget) :
canister ESP + 30 days Set G (B complex, Vitamin C, Alfalfa) + 60tabs GLA Complex
= RM284 = utk kegunaan 1-2bulan

Anda juga boleh add on 30bj Vita-Lea (membantu penyerapan nutrien dgn baik) pada harga RM25 (30bj) atau RM71 utk 120bj

Berminat?

pm di page Mamaraihanah Vita Shoppe atau sms/call saya di 010-4277466

Salam mesra,

Asalina
Shaklee Independent Distributor