MEAL SHAKES

Saturday 24 November 2012

Selalu kita mengeluh bila anak kurang berselera makan, memilih untuk makan, mudah dijangkiti penyakit seperti demam, batuk, selsema, asma dan sebagainya. Bermacam2 kita beli dan ikhtiar  utuk menyihatkan anak kita. Makin mudah kena jangkitan sekiranya kita hantar anak ke taska. Almaklumlah..bila semua anak-anak sudah bercampur..yang sakit dan yang sihat..yang sihat pun akan jadi sakit. Ini kerana daya ketahanan diri anak-anak masih lemah, oleh itu terlalu mudah untuk dijangkiti penyakit.


Anak saya juga seperti anak anda...malah, dia juga ada sejarah penghidap Asma.Setiap bulan tak kurang 2 kali saya akan pergi ke klinik untuk rawatan..Duit dan kos rawatannya jangan cakaplah..Dia memang tak boleh salah makan..kalau tak pantang, mesti asma dan batuk dia cepat menyerang...sehinggalah saya bertemu dengan MEAL SHAKES..sekarang, alhamdulillah, asma tak de lagi..tiada lagi nebulizer, tiada lagi ubat batuk asma.Kalau dia demam, sekejap dah baik.Selsema dah lama tak de.

Mungkin sesetengah daripada kita mengambil ringan perkara ini..al-maklumlah..bermacam-macam produk kesihatan yang ada di pasaran sekarang ni, yang penting kita bukanlah mengambil ubat..tetapi membina daya ketahanan badan agar tidak mudah dijangkiti penyakit. Meal Shakes boleh membantu bagi ibu-ibu yang hadapi masalah sebegini.

MEAL SHAKES  Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ianya sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein. Adalah pilihan terbaik, rendah lemak dan rendah glisemik. Mempunyai rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes ni? 
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua
Apa Istimewanya Meal Shakes ni? 
  • Dapat meningkatkan selera makan anak.
  • Meningkatkan sistem imun anak, dengan itu anak anda tidak mudah dijangkiti demam, batuk atau selsema.
  • Jika anak anda demam / selsema lazimnya lebih cepat sihat daripada biasa.
  • Dapat mengurangkan eczema dikalangan kanak-kanak mahupun dewasa.
  • Mencantikkan struktur kulit.
  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan.

Alhamdulillah...Rata-rata customer yang mencuba Meal Shakes sangat berpuas hati dengan kesannya..Alhamdulillah... yang penting kita ikhtiar, betul tak?

Untuk sebarang pertanyaan dan harga istimewa untuk customer saya, boleh pm saya di facebook atau sms/call saya di no. yang tertera di blog ni.

nak tahu apa testimoni customer terhadap produk ini..blh pergi ke facebook saya...

Salam ukhuwah,

Asalina
Shaklee Independent Distributor
ID : 885894

Sustained Released Vita C


 

Vitamin C telah digunakan sejak tahun 1940an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.

Fungsi vitamin C adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita. 

Vitamin C juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kulit awet muda. Vitamin C dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg bole menimbulkan gangguan kulit.proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah.

1) Vitamin C adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin c dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.

2) Kekurangan vitamin C menyebabkan collagen yang C lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

3) Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin C dengan sendirinya.

4) Vitamin C adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.

5) Vitamin C mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. kebanyakan vitamin C di dalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

Antara manfaat Vitamin C ialah :-

1) Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2) Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)

3) Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.

4) Memguatkan dinding salur darah.

5) Menolong pembentukan tisu gentian.

6) Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.

7) Mengurangkan kedut pada kulit

8) Membaiki parut pada kulit.

9) Mencegah penurunan payudara dan buttock

10) Menjadikan kulit lebih cerah

11) Menghilangkan jerawat dan pigmentasi.

12) Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.

13) Membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.

14) Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

Erm...banyak betul manfaat Vitamin C. Berbaloi rasanya saya makan Vitamin C Shaklee ni....

MINYAK IKAN, DHA, EPA, OMEGA-3

Wednesday 21 November 2012

DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.

60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

Kebaikan utama DHA

Kebaikan utama dari pengambilan DHA ialah :
  • pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
  • pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
  • pertumbuhan saraf-saraf yang baik.
Kelebihan-kelebihan lain DHA

Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah :
  • mengurangkan triglycerides (lemak).
  • mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
  • mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
  • mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type II), arthritis (sakit sendi), myocardial infarction, atherosclerosis dan juga kanser. Bagaimanapun ada antara kajian yang melibatkan penyakit-penyakit ini belum memutuskan secara pasti kaitan antara DHA dan EPA dengan penyakit-penyakit tersebut.
Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransimitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. Memberi anak diet harian yang kaya dengan DHA akan menjadikannya lebih fokus dan dapat memberi penuh tumpuan ketika bermain dan belajar.


Anda dah dapatkan supplement minyak ikan untuk anak anda? OmegaGuard adalah makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

APA PERBEZAAN OMEGAGUARD DENGAN SUPPLEMEN MINYAK IKAN PRODUK LAIN?

Ni ha jawapannya :-



Berminat? pm saya di fb ye...

Salam sayang,




Alfalfa Complex : Raja segala tumbuhan

Tuesday 20 November 2012



Alfalfa sesuai utk lelaki dan wanita. Anda tahu tak yang Alfalfa ni raja segala tumbuhan? Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya mengunjur sedalam enam meter ke bawah dan mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. 

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita ialah :-
  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat asthma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Salam ukhuwah,






Asalina
Independent Shaklee Distributor
[Shaklee ID : 885894]

Alfalfa Complex

Monday 19 November 2012




Alfalfa Complex adalah sumber zat makanan semulajadi & Klorofil . Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.

•  Sumber semulajadi alfalfa.
•  Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air  sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Salam Ukhuwah, 

OmegaGuard


Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi
mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Zinc Complex



Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik

Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Salam Ukhuwah,




Herb-Lax


Herb-Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-Lax yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Produk ini juga tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Salam Ukhuwah,








Masalah bau badan

Anda ada masalah bau badan? Atau pernah duduk atau berdiri di sebelah mereka yang mempunyai masalah bau badan? 


Masalah ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia  mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.


Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. 

Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine. Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.

Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protein dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.

Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Info: Cara mengawal bau badan

- Kerap mandi
- Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
- Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan 
   kekacang)
- Berhenti merokok.

Cadangan Vitamin Untuk Mengawal Bau Badan:
  •  Alfalfa Shaklee 
Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan menyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
  • Garlic Shaklee
 Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

  • Herba-Lax Shaklee 
Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

Kat mana nak dapat produk ni...anda boleh hubungi saya!

Kepentingan Vitamin B-Complex

Sunday 18 November 2012

Lagi entry tentang B Complex.....

Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B Complex.

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B Complex terdiri daripada:
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).




Beza ESP & Soya Biasa

Saturday 17 November 2012

Energizing Soy Protein (ESP) adalah antara produk Shaklee yang laris di jual..ada yang tanya saya ESP ni apa ye? apa kelebihan dia? ESP tu soya biasa ke?...hehe...nak jawab segala soalan tu, berikut adalah jawapannya...jom baca....

ESP ialah protein..kenapa protein penting?

Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.

APA yg BEST tentang ESP ni?

  • ESP merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
  • berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif,sdisamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. 
  • ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm).
  • Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. 
  • paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

Kelebihan ESP 
  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  • Menganjalkan kulit.
  • Menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Cepat kenyang.
  • Membantu dalam pengurusan berat badan.
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  • Mengawal paras kolesterol.
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
ESP boleh juga diambil bersama supplement lain dan ini akan membantu penyerapan yg lebih baik bagi semua supplement yg kita ambik, cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

Kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

a) Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic

Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.

b) Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)

Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.

c) Soy Protein tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu

Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

d) Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol

Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%! isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.

e) Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan

Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

f) Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan

Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

g) Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium

Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium.

sumber  di sini

Salam sayang,



TESTIMONI PRODUK SHAKLEE

Friday 16 November 2012




Anda boleh mendapatkan testimoni pengguna Produk Shaklee di sini

Advanced Joint Health Tablet

Advanced Joint Healt Tablet merupakan satu lagi produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia. Ianya menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.



Testimoni produk Shaklee ini boleh diperolehi di sini.

Salam Ukhuwah,


Energizing Soy Protein

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.


Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. Kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.
Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water

2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%


TAHUKAH ANDA ?

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.


SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

Sekiranya tubuh kita kekurangan protein, kita berisiko untuk :-

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

KELEBIHAN ENERGIZING SOY PROTEIN

Antara kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. 
  • Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  • Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
  • Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Jika anda mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam ianya adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).



Jom, dapatkan ESP untuk keluarga anda hari ni...


Salam Ukhuwah, 





Asalina
Shaklee Independent Distributor
[ID : 885894]

Nutriferon

Apa itu Nutriferon?
  • NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

  • Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.
Golongan yg memerlukan Nutriferon 
  1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan ;
  2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara ;
  3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum ;
  4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti ;
  5. Individu yang diet mereka tidak optimum ;
  6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan ;
  7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif  ;
Kenapa perlu Nutriferon? 
  • Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.
  • NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu
          - Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
          - Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.
  • Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.
  • Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.
Faedah Utama Shaklee Nutriferon

Nutriferon ni bukan sahaja bagus untuk demam, selsema, batuk, atau resdung  tapi sebenarnya ada BANYAK LAGI faedah Nutriferon ni antaranya :-

a)  Menguatkan sistem imun dalam 3 hari 

Ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

b) Melawan kanser dan tumor 

Interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

c) Melindungi terhadap influenza

Ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

d) Meringankan tekanan dan kelesuan 

Ia membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

e) Kelewatan Penuaan 

Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

f) Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C 

Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

g) Meningkatkan Menopaus 

Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

h) Membantu masalah PMS 

Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

Salam Ukhuwah,



B-Complex

Thursday 15 November 2012


Salam Maal Hijrah kepada semua..kepada yang bercuti, jom maanfaat kan cuti dengan menghabiskan masa dengan keluarga  dan merehatkan diri. Saya pun sedang merehatkan diri selepas 4 hari berkampung di hospital jaga Nur Raihanah yang tak sihat..balik je dari hospital, saya pula yang tak sihat..dan sekarang both of us dalam peringkat untuk recover...rehatkan diri cukup-cukup...at least dapat juga jaga nur raihanah kat rumah...esok kerja balik ye...

Pengalaman menjaga anak yang sakit di hospital kali ni bagai kenangan pahit...kalau nak ikutkan rasa stress pun ada...hihihi..mujur sebelum hantar nur raihanah ke emergency saya masih sempat mencapai B-Complex saya untuk dibawa bersama-sama ke hospital...Hasilnya?..alhamdulillah...saya boleh lalui segalanya yang berlaku di hospital dengan tenang dan rasional...rasa risau tu tentu ada..almaklumlah ..anak sakit, kan?...tak rasa rugi kita makan B-Complex ni...

Esok kerja...5 hari saya tinggalkan kerja di opis..oh tidakkk..ni confirm saya akan perlukan B-Complex lagi...dan dengan B-Complex saya tidak akan stress, insya-Allah..

Lagipun..tak elok stress ni kan... Sebenarnya stress ni punca banyak penyakit2 kronik....Banyak kesan-kesan kurang baik ke atas kehidupan..especially wanita macam saya. Stress boleh menggangu sistem pencernaan kita(sakit perut,sembelit,cirit), menjejaskan sistem imuniti badan (mudah demam), meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur, penambahan berat badan...kalau kita stress pun boleh menyumbang ke arah obesiti dan penambahan berat badan, tau.

Jadi..utk mengawal stress.. salah satu caranya anda perlukan vitamin B-Complex. Vitamin B shaklee mengandungi vitamin yang lengkap iaitu 8 vitamin B yg diperlukan oleh tubuh kita, B1, B2, B3, B5, B6, B7 (Biotin), B9 (Folic Acid), B12

Antara fungsi-fungsi vitamin ini ialah :-

  • Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depresi
  • Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi dan tidak tenteram



Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya pilih B-Complex Shaklee, kan?


Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif, Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. Ianya juga mudah di telan. dan mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.

Menarik, bukan?  Jika berminat nak dapatkan B-Complex, bolehlah hubungi saya..


Salam Ukhuwwah,






Asalina
Shaklee Independent Distributor
[ID : 885894]



Vita-Lea Iron Formula


Vita-Lea Iron Formula merupakan Mutivitamin Shaklee yang hebat, suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Walaubagaimanapun, individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Produk ini tidak mempunyai  perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet tambahan.

Jangan segan2 bertanya untuk maklumat lanjut ye...apa lg? Jom dapatkannya...

Salam Ukhuwah,

LECITHIN

Tuesday 13 November 2012

Maaf dah lama tak ber "blog"..ada hal kecemasan yang tak boleh dielakkan..alhamdulillah..sekarang ni dah settle..tp dalam tempoh tu ada yang order Lecithin dari saya.Alhamdulillah, rezeki dari Allah sedangkan saya belum lagi buat entry apa2 tentang Lecithin ni. Apa kata saya buat entry tentang Lecithin tu.

Pernah dengar Lecithin?..apa tu? Jom kita baca ni...

Kepentingan Lecithin 

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya. 

Kandungan Lecithin 

Lecithin terdiri daripada :-
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian . 
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter. 
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf. 
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan. 

Kegunaan Lecithin  

PALING UTAMA 

Antara kegunaan Lecithin yang paling utama ialah :-
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). 
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. 
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). 
  • Membantu kawal paras triglycerides. 
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. 
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol. 
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK 
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. 
  • Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin. 
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin. 
UNTUK KAUM WARGA EMAS
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua. 
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb. 
UNTUK PENGHADAMAN 

Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.

UNTUK SEL 
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel. 
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG) 

Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ yang amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

*credit to Lia UmmiIrfan



TESTIMONI PENGGUNA LECITHIN




Salam Ukhuwah,








Asalina
Shaklee Independent Distributor
[ID 885894]